Do It Duit First Single Of El President Joe Flizzow
Tuesday, Sep 2, 2008 4:12AM / Standard Entry
/ Members only
2 comments
I'm truly honoured by the article my friends from Malaysia told me..
so it's attached below...
Only thing is, it is in Bahasa Melayu..
Oh well...
Honourary...
President taruhan Joe
Oleh Wan Asrudi Wan Hasan
[email protected]
| Rap |
PEMINAT mengetahui anggota Too Phat, Joe Flizzow
dan Malique kini membawa haluan sendiri dalam kerjaya seni mereka.
Bukan berpunca daripada perbalahan atau krisis melanda kumpulan yang
popular dengan lagu Alhamdulillah dan Dua Dunia itu.
|
Sebaliknya tindakan itu dilihat sebagai usaha masing-masing
melebarkan sayap dalam dunia seni tanah air. Biarpun lebih sedekad
mencapai populariti tersendiri sebagai anggota rap tempatan terunggul
selain mampu melakar nama di pentas antarabangsa.
Joe yang
ditemui pada majlis pelancaran Gatsby Styling Dance Contest dan website
di Planet Hollywood baru-baru ini, berkata dia melihat tindakan itu
sebagai jalan terbaik mencapai impian masing-masing.
“Kami
tidak bergaduh. Kalau ada salah faham antara kami ibarat adik dan
abang. Mungkin dalam tempoh perkenalan lebih 10 tahun dan membesar
bersama memang ada perselisihan faham kecil tetapi ia mampu
diselesaikan.
“Ramai yang menganggap kami tidak bersefahaman.
Disebabkan sibuk dengan komitmen masing-masing kami jarang berjumpa dan
meluangkan masa melepak bersama. Mungkin disebabkan tumpuan kepada
penghasilan album manakala Malique pula sibuk dengan urusannya,”
katanya.
Joe turut berkesempatan menghadiri majlis perkahwinan
sahabatnya itu di Nusa Dua, Bali, Indonesia pada 8 Ogos lalu. Mengulas
lanjut majlis yang ringkas dan penuh makna itu, Joe berkata majlis itu
dihadiri saudara-mara dan rakan rapat.
“Majlis ringkas itu
dihadiri lebih kurang 40 tetamu terdiri daripada saudara-mara dan teman
terdekat. Ada juga beberapa rakan Too Phat, Dj T-Bone selain
rakan-rakan di Jakarta. Ia majlis yang ringkas dan unik berlangsung di
tepi pantai,” katanya.
Bercerita perkembangan seni, Joe akan
tampil dengan album solo pertamanya berjudul President yang dijangka
berada di pasaran penghujung tahun ini.
Album yang masih
mengekalkan konsep hip hop itu sudah hampir siap dengan 12 lagu
dirakamkan termasuk lagu Duit yang dipertaruhkan sebagai single
pertamanya. Dia menjangka merakamkan lima lagu bagi melengkapkan album
itu. Album berkenaan mengandungi lima lagu versi bahasa Malaysia dan
sembilan lagu bagi Inggeris.
Dalam pada itu dia turut
memikirkan memulakan pemasaran dalam bentuk digital dan laman web
berkaitan dirinya, www.karttello.com. Jika tiada aral, album berkenaan
tidak hanya tertumpu kepada negara sendiri saja sebaliknya dipasarkan
di luar negara seperti Singapura, Indonesia, Filipina dan Eropah.
“Album ini bukan satu cubaan sebaliknya sebagai usaha untuk
mengukuhkan lagi jenama Joe Flizzow dalam industri. Mungkin juga akan
ada kerjasama dengan syarikat korporat dan gabungan bersama beberapa
penyanyi. Setakat ini, saya sudah merakam lagu bersama penyanyi
Singapura, Hardy Mirza dan akan datang penyanyi rap dari New York, KRS
One.
“Jika tiada aral, saya juga akan berduet dengan Amy Search untuk
satu lagu (yang belum ditentukan) dalam album ini. Saya juga pernah
merancang berduet dengan penyanyi seperti Rihana atau Cris Browne namun
atas faktor tertentu dan permintaan bayaran yang terlalu tinggi
menyebabkan hasrat berkenaan terpaksa dilupakan,” katanya.
Katanya, dia tidak menolak kemungkinan gabungan bersama Malique dapat
disaksikan menerusi album Too Phat yang kelima dalam masa dua tahun
lagi.
Peace!
Entry comments (2)